Tuesday, October 10, 2017

AYAT 1

AYAT 1
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)

Allah telah membinasakan ashabul fiil (para penunggang gajah yang ingin menghancurkan Ka'abah) dan memenangkan kaum Quraisy, lalu memberikan rasa aman kepada mereka, juga memberi maslahat untuk mereka.

Pada ayat ini juga menjelaskan bahawa akan kebiasaan suku Quraisy. Zaman dahulu mata pencarian pada umumnya ialah berdagang. Kota Makkah sendiri berada diantara dua negara yang menjadi pusat perdagangan iaitu Syam (disebelah utara) dan Yaman (sebelah selatan).

Negeri Syam (sekarang dikenali sebagai Syuriah atau Syiria) merupakan pintu perniagaan yang menuju ke arah laut tengah dan negeri-negeri sebelah barat Yaman membuka jalan dagang ke negeri-negeri sebelah timur sampai ke Hindia dan China. Penyebaran Islam di Malaysia juga melalui jalan perdagangan dari Arab dan Mesir.

AYAT 2

AYAT 2
(Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),

(Iaitu kebiasaan mereka) lafal ini mengukuhkan makna lafal sebelumnya (Berpergian pada musim dingin) ke negeri Yaman (dan musim panas) ke negeri Syam dalam setiap tahunnya. Mereka berpergian dengan tujuan untuk berniaga dan mencari nafkah yang keuntungannya mereka gunakan untuk keperluan hidup mereka di Mekah dan untuk berkhidmat kepada Baitullah yang merupakan kebanggaan mereka. Mereka yang melakukan demikian adalah anak-anak An-Nadhr bin Kinanah.

Pada ayat ini pula dijelaskan perjalan dagang yang dilakukan suku Quraisy. Pada musim dingin, suku Quraisy biasa melakukan perjalanan ke negeri Yaman. pada musim panas, mereka pergi ke Syam (Syuriah), jalur perdagangan musim dingin iaitu Makkah - Taif - Asir - Sari' adalah Yaman.

Jalur musim panas terdiri dari 2 jalur iaitu Makkah - Madinah - Damaskus atau Makkah - Humain - Badar - Ma'an (Syirqil Urdun). nabi Muhammad pada umur 12 tahun sudah ikut berdagang ke Syam. Hal itu menunjukkan bagaimana kuatnya jiwa berdagang suku Quraisy. Suku Quraisy memperoleh rezeki dari Allah SWT yang digunakan untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka.

AYAT 3

AYAT 3

Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,


(Maka hendaklah mereka menyembah) lafal ini menjadi ta'alluq atau tempat bergantung bagi lafal Li-iilaafi; sedangkan huruf Fa adalah huruf Zaidah (Rabb rumah ini.)

Allah Memerintahkan Untuk Bersyukur

Atas nikmat tersebut, Allah memerintahkan untuk bersyukur kepada Nya iaitu hendaklah mereka menyembah Allah semata dan memurnikan ibadah hanya untuk Nya. Disini Allah menyebut Dia adalah Rabb Ka'abah. Itu menunjukkan kemuliaan rumah Allah tersebut. Namun Allah bukan hanya Rabb Ka'abah. Dia adalah Rabb segala sesuatu. Ini telah diperkatakan oleh Syaikh As Sa'di.

Pada ayat ini juga mengingatkan kepada suku Quraisy, dan pada umat Islam secara umumnya, agar selalu bersyukur atas rezeki yang diberikannya. Mereka diperintah untuk beribadah kepada Tuhan (Allah) iaitu pemilik Ka'abah.

AYAT 4

AYAT 4

Tuhan yang memberi mereka penghidupan : menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.

(Yang telah memberi makanan kepada mereka utuk menghilangkan lapar) agar mereka tidak kelaparan (dan mengamankan mereka dari ketakutan) ertinya supaya mereka tidak merasa takut lagi. Sesungguhnya mereka sering mengalami kelaparan kerana di Mekah tidak terdapat lahan pertanian sebagaimana mereka pun pernah dicengkam oleh rasa takut iaitu ketika tentera bergajah datang kepada mereka dengan maksud untuk menghancurkan Ka'abah.

Rasa Aman Dan Nikmat Rezeki

Iaitu Allah yang telah memberi rezeki makanan dan rasa aman. Syaikh As Sa'di berkata bahawa rezeki makanan dan rasa aman adalah sebesar-besarnya nikmat duniawi yang patut disyukuri. Oleh kerana itu, Allah lah yang patut menerima segala pujian dan ditujukan syukur atas nikmat yang lahir mahu pun batin.

Pada ayat ini juga jelas menunjukkan kasih sayang Allah SWT kepada hamba Nya. manusia diperintah menyembah dan taat kepada Nya. 

Kelebihan Bumi Makkah

Allah SWT telah menjadikan Ka'abah sebagai kiblat beribadatan umat Islam dan setiap tahun dikunjungi orang untuk menunaikan ibadah haji.

Mereka telah diberikan rasa aman dari kecemasan, baik kecemasan dari hidup melarat mahupun dari gangguan sesama manusia.